AI untuk Rakyat bersama PPANPs Sempena PESTA BUKU

27 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh : 26 Julai 2025 (Khamis)
Masa : 8.30pagi-10.10Pagi
Tempat : PPANPs

Penerangan Program/Aktiviti :
AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ - Artificial Intelligence (AI). Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang AI kepada semua lapisan masyarakat – pelajar, ibu bapa yang tinggal di rumah, profesional dalam apa jua bidang, warga emas - pada asasnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk membelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian: ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’.

Kedua-dua bahagian boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam. Setiap bahagian adalah berdasarkan konsep berkaitan AI yang dijelaskan melalui aktiviti dan kuiz yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali